Monday 26 December 2011

UPNM War Dance...The Malaysian Book of Records

Tanggal 30 Septamber 2011...Universiti Pertahanan Nasianoal Malaysia....telah membuat rekod Malaysia dalam persembahan War Dance paling ramai di Malaysia....




Kisahnya....tanpa menyertainya....sempatlah jugak turun untuk snap2 pic kawan2......


Adelah sikit....hohohooooo...suka2 aja..:P


Selamat menjamu mata....







                                                                  









Sekian sahaja lukisan lensa untuk kali ini....:)

Mataku..Lensa....Melihat Kuasa Maha Pencipta..




Zahir ku lihat...kecantikan yang tersurat...kelebihan yang tersirat...Indahnya ciptaan yang Maha Mencipta..






















Saturday 24 December 2011

BONDA...AMPUNI ANAKMU INI...

sireh pulang ke gagang...begitulah juga dengan hati perantau yang pulang...syukur ditingkat pada Pencipta...di beri kesempatan kala terus menatap kampung halaman...bermusafir tidak sekali terasa nun jauhnya...gambaran potret bonda sanak saudara taulan menyelimuti perjalanan...tersirat juga bunga yang ditinggal...hendak dijenguk...mekarkah dia?...bunga itu...Alhamdulillah...jejak kaki ke darul iman...bertemankan fajar...hari pertama yang pedih bagi anak yang ditatapkan pengorbanan bonda...tidak kusalahkan ayah...tidak ku ragui qada' qadarNya.....

berat susah sendiri...harus direnung...pasti ada sulitnya lebih pada insan lain..kala direnung...sejuk cuaca...kenapa hamba dipilih untuk semua ini...apakah ini penghapus dosaku?....apakah ini suratan hidup bagi setiap penghuni jannahMU?...derai mata jatuh bersama rahmat dari langit...ya Allah..permudahkanlah segalanya...

nawaitu kalbu...pulang manis terlukis...pahit juga harus ditelan...tika kalbu bunga tidak diketahui apa isinya...apa fikirnya...senjata hamba hanya doa...baru persinggahanku dalam erti hidup sebenar...tidak masuk pintu sebenar yang pasti kekal...sudah hampir rebah menusuk tanah yang juga dari tubuhku....

ya Allah...

sekian yang mengetahui....ampun pintaku..jauh sekali simpati...selagi udara terus mengalir...tekad diri terus berjalan...badan ini..hati ini...mencintai sekalian yang dicinta...

Friday 25 November 2011

Lari-lari....Kini Kembali..

suatu petang yang indah...mendung cuacanya..menandakan hari hendak dilimpahi rahmat...petang itu juga perantau berada di kampung halaman...bersair-siar seangkatan taulan mencari erti sahabat...sahabat yang dikenali dalam mentelaah erti hidup seorang khalifah....di satu taman permainan pengubat duka...hajat di hati menaiki puncak gilingan buatan manusia...sekiping kertas di bayar kertas melepaskan diri untuk menikmati ciptaan dari pencipta yang dicipta...

dalam kesibukan manusia mencari ketanangan kalbu...barisan yang menentukan...hampir ke kemuncak objek ciptaan yang dihajati...ditatap berlangkahnya seseorang yang mengisi kalbu...insan kecil besar hatinya menerpa dari pandangan...berdegup kencang kalbu yang terecipta indah dengan sebaik kejadian...

berlari ke arah degupan kencang yang bermain mainan kalbu..berkhabarkan diri...bersoalkan hajatnya...ke mana tujumu?...apa natijahmu?...izinkan aku mengiringimu...sahabat menghulurkan kertas yang bermakna bagi hujung minggunya...kearah sahabat yang dapat dibacakan kandungan kalbunya...hajat bersama cintanya..menikmati ciptaan manusia...

jawapan diberi..tidak..kerana bonda bersama...retak seribu kalbu...elak diri dihujani hujan kecewa...berlari-lari tanpa mengetahui ape yang ada di sekililing penjuru dunia...tangis menemani larian kudrat kecewa...menuju ciptaan yang abadi...hanya pengakhiran yang akan menghilangkan indah ciptaan sang pencipta...

hati dirayu tenang...melihat ombak beradu memukul pantai yang memerlukan...adakah hidup juga harus demikian?...menghiris tika memerlukan..ombak rindu yang hancur dipalu....

takdir tuhan...luh mahfuz telah terbukunya suratan hidup...sedang asyik merubat kalbu yang lembut kerana tulang rusuknya sendiri...mengadaplah isi kalbu terus ke panca indera yang bermakna...lembut hati terubat dengan jutaan soalan...

lepaskah izin walidmu kemari?...tahukah mereka yang memikul dirimu hingga diputuskan dengan akad yang sah?....

balas sopan keluar dari tutur yang pernah mencuri hati..dicuri tulang rusuk sendiri...Alhamdulillah...syukur dipanjatkan kepada sang pencipta cinta yang memandu kepada cinta agung..

sisi kiri...bunkusan igauan pemilik tulang rusuknya...sejuk...dipelawa menjamah...diseru angkat rusuk..diminta manja kasih..

gurau rusuk susah berpijak bumi..dipinta rusuk dukungi daku...kudrat pemimpin..naiklah rusuk bertemu asalnya...bertentang mata keduanya...

rahmat yang Esa melimpahi bumi...pikulan rusuk kejalan teduh...mencari parkir terbaik....tanpa dipisahkan pertemuan rusuk...ditatap lukisan wajah oleh rusuk...sayu kuyu mata...terpancar indah rindu terubat...

suratan ditentukan hanya di alam maya....tersedar dunia hakiki...Astaghfirullah....tiada tuhan melainkan-Mu..

mengalir titik mata ke pipi....indahnya cinta...

Thursday 29 September 2011

ADAKAH AKU IKHLAS?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.
Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"
Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa: 



Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.



Wednesday 31 August 2011

Syawal

Alhamdulillah telah dipanjangkan umur untuk menyambut Syawal.....
Syawal tahun ni lebih baik dari tahun lepas...
Segalanya disambut dengan sederhana....
Gembira yang tidak terhingga bila dapat beraya bersama dengan yang tersayang...
Tapi...dalam kegembiraan menyambut kemenangan menentang nafsu di bulan Ramadhan..
Ada terselit sedikit rasa pilu....Tuhan saja yang tahu....
Tak semua yang kita inginkan akan dapat...
Usaha....doa dan tawakkal....InsyaAllah....




Haaaaa...ade satu cerita nak kongsi....faham elok2 ye....hak3


Suami:  sayang...jangan pakai baju macam 2 ye...tak elok...jarang sangat...


Isteri:    ye ke?...


Suami:  ye...tak guna lau sayang tutup tapi nampak...tak sempurna....


Isteri:    tapi sayang pakai inner la kat dalam....


Suami:  ye..abang tahu sayang pakai inner...tapi nampak susuk tubuh sayang tu...nak berhias boleh...tapi pada              
            tempat yang betul..yang halal ye sayang...


Isteri:    InsyaAllah...sayang akan cuba ubah abang...huhuuu...maaf ye sebab sayang tak sempurna...


Suami:   tak ape sayang...tak ade manusia yang sempurna...abang pun ada salah silap jugak...same-same kita
             usaha untuk jadi terbaik ye sayang...


Isteri:    maafkan sayang....sayang tak baik macam abang....abang lebih berhak untuk dapat yang lebih baik
            dari sayang....


Suami:  ape sayang cakap nie?


Isteri:    abang baik sangat...abang berhak dapat yang lebih baik dari sayang....


Suami:  ya Allah....hidup abang untuk bahagiakan sayang....bimbing sayang...abang nak sangat kita bahagia,
            berjaya dunia dan akhirat...


Suami tidak mampu berkata apa-apa lagi....beribu soalan bermain di fikiran suami...mengapa sanggup isterinya berkata demikian....dia telah melukakan hatinya...suami ini merasa bahawa dia telah gagal dalam hidup yang dibina bersama isterinya....hanya pada tuhan suami memohon...kerana...DOA SENJATA BAGI MUKMIN...




[cerita benar nih..............cerita balik............ape yang patut dibuat suami isteri nie ye?..:) ]


mungkin lau semua manusia macam isteri nie....tak boleh tegurlah ye....memang tak kan jumpalah yang sempurna...bila dah elok........ada sesuatu.......jaga...........jangan sebab salah seorang lagi baik pada kita...kita nak berundur sebab tak layak...tuhan dah tetapkan semua ni.......bersyukurlah kerana dikurniakan teman yang baik...........pendapat sendiri lah ni...hak3...betul ke x eh??...haahahahaaaa...






jangan caye ngan pic nie...lambat lagi nak naik pelamin..hahahaaa...

Sunday 21 August 2011

MENCARI LAILATUL QADAR..

Saat lena diulit mimpi....si anak terjaga bila atap rumah dihujani rahmat yang gerimis......saat itu juga..si anak melihat ibunya sendang mengalirkan air mata tatkala menadah tangan mengadap yang Kuasa....terdetik di hati si anak untuk bangun turut mengadap tuhan....


Wudhuk di ambil dengan sempurna....sejadah dihampar....bermulalah tahajjud seorang hamba yang hina kepada Penciptanya....ayat wahyu dibaca dengan teratur bagi mendapatkan kekhusyukan ketika insan lain masih lagi enak bersama bantal masing2.....titisan air mata keinsafan mulai turun....si hamba ini teruskan munajatnya....hingga ke waktu sahur...


Waktu sahur yang sesuai telah tiba....makanan di jamah dengan penuh rasa kesyukuran....sayu bila Ramadha ingin pergi....entah ya entah tidak...akan berjumpa dengan Ramadhan yang seterusnya....


Belakang direbahkan seketika...si ibu berpesan supaya menunggu waktu subuh....saat itu dia berperang dengan cinta dunianya...cinta dunia yang diharapkan dapat membawa kepada cinta akhirat yang kekal abadi....titisan demi titisan air matanya sebak mengenangkan dosa...kezaliman yang dilakukannya...kini dia terpaksa akur dengan ketentuan tuhan....


Suara muazzin bergema memecahkan hening pagi...sebagaimana pernah dilaungkan Bilal bin Rabah.....laungan ini juga turut dilaungkan serata dunia.....tersentak bangun tatkala mendengar dan memahami laungan azan itu....permulaan hari dimulakan dengan mengadap pencipta......mengharapkan semoga keberkatan sentiasa...memiliki hari yang baik daripada sebelumnya.....





Wednesday 17 August 2011

kenapa INI KISAHKU??


  • INI KISAHKU banyak menceritkan tentang perubahan manusia ke arah yang lebih baik..
  • title ini dipilih kerana hajat hati ini nak berubah jugak....InsyaAllah.
  • bila tengok video ni..tersentuh hati yang jahat untuk kembali ke jalan yang betul...
  • beban yang digalas memang banyak...tetapi itu semua ketentuan tuhan...
  • usaha...doa...tawakkal..InsyaAllah.....
  • setiap manusia x kan lepas dari salah silap...
  • dlm Ramadhan yang mulia ini...aku ingin berlumba untuk bertaubat kerana telah dibukakan pintu syurga dengan seluasnya...
  • Allah bless~~

baru...New!!...

INIKISAHKU...
aslmlkm......hohohooo...payoh weh wat blog nie...x pe...plan2 kayoh...insyaAllah...ade cerita adelh blog nie...tggu....ade cerita jap lg....